Followers

About Me

My photo
Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia
(^_^) jgn terlalu cepat utk menilai seseorng..kenali ht budi dan jgn hanya memandang luaran cantik x semestinya indah...hodoh x semestinya buruk.... x kesah apa org nk ckp pasal aku..janji aku x ganggu hdup org lain..bkn aku rugi pa2 pun..lantak lh org nk ckp pa...ada ku kesah??? janji aku hdup bahagia..Happy go lucky.... Aku nk kwn dgn semua org x kira lh spe ko...kwn biar ramai..musuh x penah ku cr... kalau org x kenal aku..kata aku sombong..2 lh kenal dulu br tau... aku ni jenis gila2 ckit...happy always... sometime aku bleh jd serious gak..depent r... yang penting aku ni jenis yg frendly lh... ~٩(̾-̮̮̃̾-̃̾)۶ ....♥ ♫♥ ڸ٥ﻻ ﻉ√٥ ﺎ ♥♫ ..............(¯`v´¯) ............... ·.¸.·´ .............. ,·´ ..............( ...........☻/ .........../

Wednesday 2 November 2011

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!! 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...